PERUTUSAN

PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF
Selamat Datang ke laman web Majlis Daerah Kuala Penyu.
Di sini saya merakamkan rasa syukur kepada tuhan kerana dengan Majlis Daerah Kuala Penyu (MDKP) dapat mewujudkan laman web baru yang merupakan satu petanda baik bagi memastikan kita maju setapak lagi di dalam era teknologi maklumat. Sesuai dengan hasrat YB Setiausaha Kerajaan Negeri yang mensasarkan perkhidmatan Awam Negeri Sabah ke arah Digital Government. Ianya merupakan salah satu cabang penyampaian maklumat disamping dapat menerapkan Budaya IT dikalangan semua peringkat termasuk Pentadbiran MDKP. Saya berharap Portal ini akan menjadi satu saluran interaktif untuk masyarakat memberikan atau mendapatkan maklumat secara mudah, cepat dan tepat.
Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada semua kakitangan MDKP kerana memberikan sokongan padu dalam bidang IT yang merupakan salah satu komponen utama untuk melahirkan Knowledge Worker di semua peringkat kakitangan. Dalam senario semasa, kecanggihan IT telah banyak membuka ruang komunikasi yang luas tanpa sempadan masa dan fizikal yang seharusnya dimanfaatkan bersama untuk pembangunan daerah Kuala Penyu yang lebih mantap secara holistik dan inklusif.
Sekian, terima kasih. SABAH MAJU JAYA
Cyril A. Kissi
Pegawai Eksekutif
LATAR BELAKANG
LATAR BELAKANG
Majlis Daerah Kuala Penyu merupakan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang diberi kuasa di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, untuk memberikan perkhidmatan kepada penduduk Pekan Kuala Penyu dan Pekan Menumbok serta kawasan dalam Perkadaran Majlis. Ditubuhkan pada 01hb, Januari 1962, di bawah peruntukan 3 Ordinan Kerajaan Tempatan melalui Warta Kerajaan (No. G.N.S. 165-1961) sebagai Organisasi yang diletakkan di bawah Kementerian Kerajaan Tempatan Dan Perumahan. Majlis Daerah Kuala Penyu juga bertanggungjawab terhadap perancangan Pembangunan Pekan Kuala Penyu dan Menumbok dalam Daerah Kuala Penyu yang merangkumi kawasan seluas 45,326 hektar bersamaan 112,000 ekar, dengan jumlah penduduk seramai 24,500 orang.
MISI
Memastikan Pentadbiran Dan Pembangunan Kawasan Perkadaran Majlis Daerah Kuala Penyu Yang Cekap Dan Berkesan Demi Kemakmuran Dan Kesejahteraan Masyarakat
CARTA ORANISASI

INFORMASI DAERAH
TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI KUALA PENYU
1) Pusat Informasi Rumbia
2) Rumah Budaya
3) Golf Range
4) Pekan Kuala Penyu
5) Terminal Feri Menumbok
6) Pulau Tiga
7) Pantai Mempakul
8) Pantai Sawangan
9) Pantai Menumpang
10) Pantai Tempurung
11) Pantai Batu Luang
12) Pantai Batu Linting
13) Pantai Kiaru
PERBANKAN
Cawangan AgroBank
Bank Kerjasama Rakyat(Mesin ATM di Hospital Kuala Penyu)
Penginapan
Majlis Daerah Kuala Penyu (087-884248)
Rumah Rehat Pantai Sawangan, Kuala Penyu
Rumah Rehat Mempakul, Menumbok
Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Penyu (010-6657735)
Sawangan Palm Beach Cabin, Maju Kuala Penyu Farmstay, Tempurung Seaside Lodge, Tempurong Golden Beach Resort, Batu Linting Sunset Villas, Stephanie Garden dan banyak lagi. Boleh berhubung dengan Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Penyu untuk maklumat lanjut.
HUBUNGI KAMI
md.kp@sabah.gov.my
087884248
087884-709